Malaysia Dateline

Lebih 20 nyatakan hasrat untuk sertai pertandingan cipta lagu tamat darurat

Selepas seminggu dilancarkan, lebih 20 peserta sudah menyatakan hasrat untuk menyertai pertandingan mencipta lagu tamat darurat di mana empat lagu sudah diterima.

Menurut sumber jawatankuasa pertandingan ini, pencipta profesional turut melahirkan rasa minat mereka untuk menyertainya di samping memberikan beberapa pandangan mengenainya.

” 23 orang hantar Whatsapp menyatakan hasrat untuk mencipta lagu manakala 4 ciptaan lagu sudah diterima.

“Masih berbaki dua minggu lebih saja lagi sebelum tarikh tutup iaitu pada 30 Jun 2021,” kata sumber itu.

Jawatankuasa Rayuan Penamatan Proklamasi Darurat telah melancarkan pertandingan mencipta lagu minggu lalu.

Ia dilancarkan oleh pengerusinya, Khalid Abd Samad.

Jawatankuasa itu menyediakan hadiah berupa wang tunai RM3,000 untuk pemenang pertama, RM2,000 untuk pemenang kedua, RM1,000 untuk pemenang ketiga manakala tujuh hadiah saguhati bernilai RM250 setiap satu disediakan.