Lebih 20,000 tonton tayangan perdana  menerusi  layar gergasi ‘Lee Chong Wei: Rise of the Legend’

Lebih 20,000 tonton tayangan perdana menerusi layar gergasi ‘Lee Chong Wei: Rise of the Legend’

Filem berjudul ‘Lee Chong Wei: Rise of the Legend’ bukan sekadar filem untuk ditonton tapi mampu menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata filem biopik  ini memaparkan apa yang pernah dikatakan oleh Datuk Lee Chong Wei bahawa bakat sahaja tidak mencukupi untuk menjadi pemain badminton terbaik.

Katanya, kisah hidup pemain di ranking kedua dunia itu perlu menjadi iktibar dan inspirasi kepada rakyat khususnya generasi muda yang meminati sukan terutama badminton.

“Chong Wei pernah beritahu saya, bahawa bakat sahaja tidak cukup. Kata Chong Wei semua yang main di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ada bakat tapi apa yang buat dia terbaik adalah kesediaannya untuk bekerja lebih keras dan keinginan untuk jadi yang terbaik.

“Malam ini kita saksikan kisah seorang lagenda tanahair, kisah hidup seorang wira Malaysia yang akan beri inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia,”katanya pada majlis tayangan perdana sedunia filem Lee Chong Wei di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Tayangan perdana itu ditonton menerusi sebuah layar gergasi 40m X 17m skrin utama yang menjadi pawagam mega malam tadi.

Lee Chong Wei: Rise of the Legend ‘adalah filem perdana yang akan dicatatkan dalam Asia Book of Record dan Malaysia Book of Record.

Datuk Lee Chong Wei bersama isterinya Datin Wong Mew Choo dan dua anak lelaki mereka, Kingston dan Terrance, menyertai 20,000 penonton hadir menonton filem biotik buat kali pertama ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Acara bertaraf dunia bermula dengan acara permaidani merah untuk menandakan perasmian filem perdana dunia, yang akan menyaksikan kehadiran Chong Wei dan keluarganya, tetamu dan selebriti.

Penonton di stadium telah dihiburkan oleh dua penyanyi -Nabila Razali dan Priscilla Abby – yang ditugaskan untuk menyanyikan lagi tema filem ‘Cahaya Juara’.

Filem berdurasi 133 minit yang bertajuk ‘Lee Chong Wei: Rise of the Legend’ adalah mengenai perjalanan emosi melalui kehidupan Chong Wei sebelum muncul sebagai pemain badminton dunia nombor satu dunia.

Filem itu juga menyoroti semangat ‘Malaysia Boleh’ dan penentuan diri untuk berjaya.

Antara pelakon cemerlang filem yang dihasilkan oleh CB Pictures bersama dengan Mahu Pictures ialah Datuk Rosyam Nor, yang bertindak sebagai Datuk Misbun Sidek, jurulatih yang bertanggungjawab membangunkan bakatnya.

Selain pelakon Jake Eng, yang memainkan peranan Chong Wei dan Ashley Hua sebagai Datin Wong Mew Choo.

Filem ini akan ditayangkan di 130 pawagam di seluruh negara pada 15 Mac ini.

Datuk Lee Chong Wei (tengah) bersama dua pelakon yang membawakan wataknya dalam dua dimensi masa menerusi filem  ‘Lee Chong Wei: Rise of the Legend’ ketika pra pelancaran memperkenalkan barisan pelakon  dan produksi yang terbabit menjayakan pembikinan filem tersebut.

 

 

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS