Malaysia Dateline

Lebih 21,000 kes maut di Malaysia, WHO sahkan kematian akibat penyakit ini meningkat sejak wabak Covid-19

Jumlah kes penyakit tibi yang dilaporkan di Malaysia pada 2021 adalah 21,727 kes manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa kes penyakit itu meningkat tahun lalu buat kali pertama dalam tempoh lebih 20 tahun.

Buat pertama kali dalam hampir dua dekad, WHO melaporkan wujud peningkatan dari segi jumlah individu dijangkiti tibi dan kematian berkaitan penyakit batuk kering.

Tibi atau tuberkulosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis dan merebak melalui udara.

Tanda-tanda penyakit itu adalah batuk yang berpanjangan iaitu melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah.

Menurut WHO, peningkatan semula kes tibi selepas bertahun menunjukkan penurunan dengan angka kematian dianggarkan 1.6 juta orang pada 2021, meningkat 14 peratus dalam tempoh dua tahun.

Diatasi oleh Covid-19 ketika pandemik terburuk sebagai pembunuh berjangkit terbesar di dunia, tibi mengorbankan kira-kira 1.5 juta nyawa pada 2020 dan 1.4 juta pada 2019.

WHO dalam laporan tahunan TB Global berkata, kebanyakan yang menghidap tibi tahun lalu berada di Asia Tenggara (45 peratus), Afrika (23 peratus) dan rantau Pasifik Barat (18 peratus).

Badan kesihatan global tersebut meletakkan pandemik Covid-19 sebagai punca peningkatan semula penyakit tibi apabila menjejaskan akses kepada diagnosis dan rawatan penyakit itu.

Baca juga Menitik air mata ibu dapat tahu jadi penerima hibah RM400,000 lepas anak sulung pergi selamanya

Baca juga Dihidang hanya mi kosong dengan sos ikan – Ini sebab pengetua tadika dipenjara 50 tahun