Malaysia Dateline

Lebih 25 buah lagu diterima Jawatankuasa Tamat Darurat

Esok adalah hari terakhir para pencipta lagu sempena Pertanding mencipta lagu Tamat Darurat untuk menghantar lagu ciptaan mereka.

Mereka diberi tempoh masa sehingga jam 11.59 malam esok untuk menghantar lagu.

Menurut Jawatankuasa Rayuan Penamatan Proklamasi Darurat setakat ini terdapat lebih 25 buah lagu telah diterima dari lebih kurang 45 peserta yang minat untuk menyertai pertandingan ini.

Bagaimanapun masa yang ada ini masih belum terlambat untuk para pencita lagu menghantar lagu ciptaan mereka

Para pencipta lagu boleh menghantar lagu ciptaan masing-masing dalam format Mp3 dan lirik lagu beserta nama dan nombor telefon ke Email [email protected]

Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Penamatan Proklamasi Darurat, Khalid Samad telah melancarkan Pertandingan Mencipta Lagu tamatkan darurat pada 6 Jun lalu.

Pertandingan itu diadakan bagi merancakkan lagi kempen agar darurat ditamatkan.