Lebih 2,500 mangsa banjir di lima daerah di Sabah

Lebih 2,500 mangsa banjir di lima daerah di Sabah

Lebih 2,500 mangsa banjir daripada 549 keluarga kini ditempatkan di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah di Sabah.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Sabah, daerah yang terlibat ialah Kota Marudu, Matunggong, Kota Belud, Pitas dan Sipitang.

“Di daerah Kota Marudu mencatatkan seramai 2,470 mangsa daripada 518 keluarga di 12 PPS, diikuti daerah Matunggong seramai 24 mangsa daripada lapan buah keluarga yang dipindahkan di Dewan Terbuka Matunggong,” dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara di Kota Belud, seramai 22 mangsa daripada 12 keluarga di tempatkan di Dewan Masyarakat Tun Said.

Di Sipitang, seramai 12 mangsa daripada tiga buah keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Sipitang.

– BERNAMA