Lebih 30,000 pengunjung meriahkan Pelancaran Bulan Kebangsaan

Lebih 30,000 pengunjung meriahkan Pelancaran Bulan Kebangsaan

Lebih 30,000 pengunjung membanjiri Dataran Pahlawan Megamall, Melaka, malam ni sempena Pelancaran Bulan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’.

Jabatan Penerangan menerusi siaran medianya memaklumkan, pelancaran tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sambil disaksikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankusa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019, Gobind Singh Deo.

Katanya, program itu diadakan bertujuan untuk menyuburkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat di negara ini melalui rencam program yang disusun dari 3 Ogos hingga 16 September lalu.

“Tun Dr Mahathir juga turut menyempurnakan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) yang akan menjelajah ke seluruh Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sejauh 6,200 kilometer (simbolik Hari Kebangsaan ke-62) dan akan singgah di 62 perhentian (pit stop).

“Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang berjumlah 62 kenderaan ini melibatkan 17 kenderaan 4×4 Jabatan Penerangan dan pelbagai agensi kerajaan lain, 30 buah motosikal berkuasa tinggi dan Kelab Permotoran J17 dan 15 buah motosikal Rider Polis Trafik Bukit Aman yang melibatkan keseluruhan peserta seramai 133 orang.

“Pada sebelah pagi pula, telah diadakan Larian [email protected] sejauh 5 kilometer yang disempurnakan oleh Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee,” kata kenyataan itu.

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang itu memilih Melaka berikutan Banda Hilir pernah menjadi lokasi pengisytiharan kemerdekaan negara pada 20 Februari 1956.