Lebih 400,000 peminjam PTPTN ditarik daripada senarai hitam Jabatan Imigresen

Lebih 400,000 peminjam PTPTN ditarik daripada senarai hitam Jabatan Imigresen

Lebih daripada 400,000 peminjam pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditarik daripada senarai hitam perjalanan Jabatan Imigresen.

Pengerusi PTPTN yang baharu dilantik Wan Saiful Wan Jan berkata keseluruhan “senarai putih” berjumlah 429,945 peminjam diselesaikan pada 8 Jun, seminggu lebih awal daripada yang dijadualkan.

“Ini juga memenuhi manifesto 100 hari Kerajaan bagi rakyat Malaysia,” katanya di pejabat PTPTN¬† hari ini

Walaupun nama mereka telah dikeluarkan dari senarai hitam imigresen, Wan Saiful menasihati peminjam agar terus membayar pinjaman pendidikan mereka.

Pada 5 Jun lalu, seramai 265,149 daripada 433,708 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen, setakat semalam.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata baki 168,559 peminjam lagi dijangka dapat dikeluarkan daripada sistem senarai hitam pada 15 Jun.

Ini susulan kenyataan dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada 31 Mei yang memaklumkan seramai 433,000 peminjam PTPTN sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen, melalui proses pemutihan secara berperingkat dari 24 Mei lalu hingga 15 Jun.

Dr Maszlee Malik berkata, PTPTN menyenarai hitam sebanyak satu juta peminjam dan kira-kira 655,000 daripadanya sudah membuat pembayaran membabitkan kutipan sejumlah kira-kira RM1.9 bilion dan keluar dari senarai hitam Jabatan Imigresen

7.5
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 7.0
CATEGORIES
TAGS