Lebih 500 mangsa banjir masih di pusat pemindahan di Perak

Lebih 500 mangsa banjir masih di pusat pemindahan di Perak

Sebanyak 538 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Perak setakat 8 pagi tadi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui portal Infobanjir, semua mangsa ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

Jumlah mangsa itu meningkat sedikit berbanding 536 mangsa banjir malam tadi.

Jumlah mangsa paling ramai ialah di Hilir Perak iaitu 264 orang dengan 97 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kerawai, 101 di SK Changkat Jong Batu 8, 35 di SK Sungai Tukang Sidin dan 31 mangsa di SK Pengkalan Ara.

Manakala mangsa banjir di daerah Manjung masih kekal seramai 217 orang iaitu 207 daripadanya ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai dan 10 di Dewan Kampung Tanjung Ara.

Di Kinta, lapan mangsa ditempatkan di Dewan Sikh Settlement Tanjung Tualang dan lapan lagi di Dewan Serbaguna Tanjung Tualang, dan bagi daerah Larut Matang, 41 orang masih berada di Surau Padang Serai Dalam.

TAGS