Lebih 500 sertai AMANAH dalam masa dua minggu di Kota Marudu

Melalui program “Jom Sertai Pemuda AMANAH” yang dianjurkan baru-baru ini, dalam masa hanya dua minggu, seramai 500 orang yang rata-ratanya anak muda telah mengisi borang keahlian AMANAH.

Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin menyifatkan sambutan orang ramai terhaap Parti AMANAH di Kota Marudu di Sabah sebagai sangat menggalakkan.

Kata beliau, melalui program “Jom Sertai Pemuda AMANAH” yang dianjurkan baru-baru ini, dalam masa hanya dua minggu, seramai 500 orang yang rata-ratanya anak muda telah mengisi borang keahlian AMANAH di Kota Marudu.

“Perkembangan yang sungguh luar biasa!” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Pemuda AMANAH Sabah dan Parti AMANAH Kota Marudu atas usaha yang tidak henti-henti selama ini.

“Kalian membuktikan bahawa sesuatu yang mustahil, kini telah menjadi penanda aras baharu untuk perkukuhkan parti.

“Syabas kepada sahabat seperjuangan dalam Pemuda AMANAH Nasional, Ustaz Ahmad Saqif Ansorullah atas inisiatif program yang baik; “Jom Sertai Pemuda AMANAH!” tambahnya.

Ujarnya lagi, selain membina Malaysia Baharu, perkara ini adalah prioriti penggerak Pemuda AMANAH di seluruh negara.

Telah tiba masanya Pemuda menjadikan parti ini sebagai organisasi massa dan bergerak membawa arus suara rakyat bawahan, kata beliau.

3.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 6.0