Malaysia Dateline

Lebih baik ambil dos penggalak

Ini adalah keputusan ujian antibodi imuniti Covid-19 sahabat saya.

Yang di atas ialah paras antibodi beliau sebelum ambil booster, yang di bawah pula selepas ambil booster.

Nampak tak, enam bulan selepas dos kedua pun masih ada antibodi yang berlegar dalam darah. Namun, parasnya naik 25 kali ganda selepas dirangsang dengan dos penggalak.

Sebenarnya, jika tidak terima dos penggalak, masih ada sel T dan B memori yang mampu menghasilkan antibodi jika terdedah kepada jangkitan Covid-19. Namun, ia mengambil masa agak lama untuk naik ke paras optimum.

Apatah lagi jika kita dikelilingi oleh kenaikan kes mendadak dalam keadaan imun kurang bersedia. Dah kena serang, baru kelam-kabut nak hasilkan antibodi. Maka, boleh juga terkena jangkitan walaupun tidak berat.

Maka, lebih baiklah kita ambil dos penggalak supaya tentera elit kita sentiasa bersedia dan dalam jumlah yang besar. Lainlah cerita kalau kes dah turun.

Ini kita cerita tentang antibodi spesifik; iaitu IgM dan IgG. IgA itu tidak perlu cerita ya; itu semua orang ada. Pangkatnya hanya umpama pengawal keselamatan berbanding tentera elit.