Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Lebih banyak loji rawatan air dibina dalam RMK12

Lebih banyak loji rawatan air dibina dalam RMK12

Oleh BERNAMAMay 26, 2019 9:36 am




Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan membina lebih banyak Loji Rawatan Air (LRA) baharu dalam usaha untuk menambah baik sistem bekalan air di negara ini.

Menterinya Dr A. Xavier Jayakumar berkata perkara itu akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang bermula 2021 dan dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh 10 atau 15 tahun akan datang.

Beliau juga mengakui cadangan tersebut jika direalisasikan memerlukan perbelanjaan yang agak besar.

“Sebagai contoh, sistem bekalan air di kawasan utara Perak seperti Kuala Kangsar dan Larut sering kali berlaku kekurangan bekalan air disebabkan tidak mempunyai air yang cukup untuk menampung keperluan terutamanya semasa musim perayaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak malam tadi.

Menurut Xavier pihaknya juga akan menukar atau memperbaiki menara tangki air yang sudah uzur di kawasan penempatan penduduk di beberapa negeri yang tidak mempunyai simpanan air mentah yang mencukupi.

Katanya ia penting agar sekiranya berlaku gangguan, bekalan air mentah itu dapat menampung keperluan penduduk di sesuatu kawasan.

Mengulas lanjut, Xavier berkata apabila gangguan bekalan air kerap berlaku, selain menyusahkan rakyat, ia juga menyebabkan syarikat utiliti air mengalami kerugian besar.

“Kita mahu memastikan simpanan air mentah di sesuatu kawasan melebihi daripada lima atau enam peratus bagi memenuhi keperluan penduduk berbanding ketika ini simpanan air mentah di tangki air hanya sekitar dua peratus sahaja,” katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production