Lebih ramai calon wanita dalam PRU, pertahan dasar mesra wanita

Lebih ramai calon wanita dalam PRU, pertahan dasar mesra wanita

Perdana Menteri perlu menyelesaikan dengan meletakkan lebih ramai calon wanita, dan keduanya mempertahankan dasar mesra wanita dalam pentadbiran negara ini, kata Ketua Wanita Pakatan Harapan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata dengan pelantikan Najib sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Akademi MYwin sebuah organisasi yang bertujuan memperkasakan golongan wanita sewajarnya usaha itu dilaksanakan.

“Dimanakah komitmen untuk meletakkan kepercayaan terhadap wanita dalam memegang peranan sebagai seorang pemimpin?

“Apa lagi yang Najib mahukan? Apakah perlu memakai skirt sehingga semua jawatan wanita sebagai pembuat keputusan telah dirampas oleh beliau.

“Dilaporkan hari ini bahawa Perdana Menteri akan menamakan dan memalukan syarikat-syarikat yang tersenarai di Malaysia yang tidak mempunyai pengarah wanita.

“Tindakan seperti ini dengan harapan meningkatkan pemberdayaan wanita hanya akan menjana kebencian dan permusuhan di kalangan wanita dan lelaki, dan bukan satu persaingan sihat untuk disaling hormat-menghormati,” ujarnya.

{loadposition myposition} Menurut Ketua Wanita PKR ini lagi, Perdana Menteri perlu mengambil perhatian bahawa langkah-langkah yang telah diambil setakat ini akan melemahkan wanita di negara ini.

Bahkan dakwanya lagi, Presiden Mywin Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim terlalu lalai dalam isu-isu wanita dan gagal memberikan nasihat yang baik dan relevan kepada Perdana Menteri.

“Saya juga ingin menambah bahawa Perdana Menteri dan Menteri Wanita yang lain gagal untuk campur tangan dalam isu usul negeri Kedah yang mana menghalalkan perkahwinan kedua lelaki tanpa persetujuan isteri pertama.
“Ini menunjukkan betapa tidak sensitifnya pimpinan terhadap seorang wanita,” ujarnya.

Justeru Zuraida berkatam bersa,a wanita PH beliau berjanji untuk memimpin wanita di negara ini ke arah lebih baik, bermula dengan penolakan penukaran unilateral.

“Oleh itu, saya mencabar Speaker dan Perdana Menteri untuk mengadakan sidang parlimen khas supaya Seksyen 88A boleh ditangani segera dan bukannya menunggu sehingga pilihan raya yang akan datang,” ujarnya.

Beliau menerangkan Perdana Menteri meletakkan kesalahan ke atas wanita kerana kegagalannya memasukkan Seksyen 88A dalam Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164).

Ini jelas bahawa, jika Perdana Menteri mahukan sokongan dari Ahli Parlimen pembangkang mengenai isu penukaran unilateral, beliau memerlukan 2/3 majoriti untuk meminda Rang Undang-Undang tersebut.

Walaubagaimanapun, Perdana Menteri tidak melakukannya kerana beliau tidak komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan hak wanita.

Menyalahkan wanita dan kemudian memberi ugutan kepada mereka dengan balasan hak mereka dilindungi jika mengundi kerajaan hanya akan membawa kemarahan terhadap pengundi wanita. Membeli undi melalui taktik sedemikian ternyata sekali satu tindakan yang tidak bijak, kata Zuraida lagi.

CATEGORIES
TAGS