Malaysia Dateline

Lebih RM15 juta insentif kerajaan Pulau Pinang kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang peduli rakyat pelbagai insentif telah disalurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada pelbagai golongan masyarakat di negeri ini sejak mulai menerajui pemerintahan sehingga kini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari, sejak 2013 se hingga kini sejumlah RM15. 48 juta telah pun disumbangkan oleh kerajaan negeri sebagai insentif kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah.

“Bagi tahun 2022 pula sebanyak RM1.1 juta lagi telah di salurkan kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah bagi meringankan beban mereka dimana sejumlah RM562, 500 disumbangkan kepada 1,523 pemandu teksi dan 352 pengusaha bas sekolah menjelang Tahun Baru Cina baru-baru ini.

“Manakala itu, sebanyak RM587,100 telah turut diberikan kepada 1,574 pemandu teksi dan 383 pengusaha bas sekolah sempena Aidilfitri yang lalu dimana insentif sebanyak RM300 tersebut telah dibayar sebanyak dua kali setahun.

” Adalah diharapkan dengan insentif sedemikian ia bukan saja dapat digunakan bagi mengurangkan beban yang dihadapi, sebaliknya pemandu teksi yang diibaratkan sebagai duta kecil kerajaan negeri boleh menjaga imej tatkala memberi khidmat kepada para pelancong dalam dan luar negara, ” ujar beliau yang juga merupakan AdunTanjong Bunga.