Malaysia Dateline

Lebih separuh kes baharu Covid-19 hari ini libat warganegara

Lebih separuh iaitu 52.2 peratus atau 1,577 kes baharu positif Covid-19 hari ini melibatkan warganegara Malaysia.

Daripada 3,021 kes hari ini, 1,444 kes jangkitan adalah bukan warganegara.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan perangkaan itu menerusi Twitter rasminya sebentar tadi.

Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini adalah kes harian tertinggi pernah dilaporkan.

Kes tertinggi sebelum ini adalah semalam dengan 2,593 kes.

Dalam masa sama, lima negeri dengan kes baharu Covid-19 tertinggi hari ini ialah Johor 1,103 kes, Selangor (706), Sabah (493), Kuala Lumpur (316) dan Pulau Pinang 111 kes.

Sementara itu, kes harian Covid-19 dan jangkaan unjuran kes dari 4 Januari hingga 31 Mei dengan kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt pada 1.1 dan 1.2.

“Mengikut unjuran (R 1.2), kes harian mencecah 3,000 sehari bermula minggu ke-4 Jan ini atau 3,000 sehari pd minggu ke-2 Feb (unjuran R 1.1),” kata KKM lagi.