Lebuhraya paling pelik di LPT 2, kata Pas Terengganu

Lebuhraya paling pelik di LPT 2, kata Pas Terengganu

Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) yang dibina dari Jabor, Kuantan ke Kuala Terengganu disifatkan sebagai paling pelik di dunia kerana ia ditanggung oleh kerajaan negeri bukan kerajaan pusat yang membinanya.

“Dari Karak ke Jabor, belanjanya ditanggung oleh kerajaan pusat tetapi dari Jabor, Kuantan ke Kuala Terengganu ia dibiayai oleh kerajaan negeri Terengganu.

“Ini jadikan LPT2 sangat pelik di dunia,”kata Mohd Nor Hamzah, Adun Bukit Payong ketika berucap di majlis rumah terbuka Pas Terengganu.

Bagi beliau, perbelanjaan lebuhraya ini sepatutnya dibiayai oleh kerajaan pusat.

“Tetapi oleh kerana pemimpin kerajaan negeri ini tidak sensitif dan tidak mempunyai kekuatan, maka duit kerajaan ngeri digunakan untuk buat LPT2 ini,” katanya.

Kerajaan negeri Terengganu dikatakan membelanjakan RM1.8 bilion duit kerajaan negeri untuk membiayai lebuh raya ini.

Kutipan tol untuk Lebuhraya Pantai Timur 2 sepanjang 184km laluan/ jajaran dari Jabor, Pahang ke Kampung Gemuroh, Terengganu akan bermula dari 15 Julai 2016 (jam 12.01 malam).

LPT2 merupakan lebuhraya 4 lorong dua hala dilengkapi dengan kemudahan 10 persimpangan bertingkat, 3 kawasan rehat dan rawat (R&R) beserta 2 hentian sebelah.

Kadar tol dikira berdasarkan jarak perjalanan oleh pengguna
12 sen per km untuk kenderaan kelas 1 (Kereta), RM19.70 untuk perjalanan dari Plaza Tol Cheneh ke Plaza Tol Kuala Terengganu dan sebaliknya.

Ini bermakna, untuk pengguna LPT ini dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur termasuk Lebuhraya Karak, lebih RM100 diperlukan untuk pergi dan balik.