Seorang wanita berdepan dengan detik cemas apabila dia menyaksikan kejadian seorang kanak-kanak memasukkan adiknya di dalam mesin basuh.
Bertindak dengan cepat, wanita tersebut segera keluar dari kenderaan dan masuk ke kedai dobi bagi memberi amaran kepada ibu kanak-kanak berkenaan.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Azura Sapari itu, ibu tersebut terlalu leka bermain telefon bimbit sementara menunggu kainnya siap.
Katanya, kanak-kanak itu dibiarkan bermain dan menolak bakul dalam dobi itu tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa.
Mujur, beberapa minit kemudian anak itu berjaya dikeluarkan setelah pemilik premis mengarahkan mereka untuk menutup suis mesin melalui panggilan telefon.
Selepas kejadian itu, Azura bertindak berkongsi pengalamannya di laman sosial media bagi memberi pengajaran pada ibu bapa lain.
Setakat ini, video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah mendapat lebih dari 326,000 tontonan dari pengguna.
“Bawa anak pergi dobi tu, berhati-hati. Kalau rasa tidak boleh nak ‘handle’ anak di dobi atau tempat awam, jangan bawa anak.
“Ini pengajaran untuk kita semua ibu-ibu, kalau pergi mendobi atau pasar raya, tengoklah anak-anak,” katanya dalam satu perkongsian lain di akaun sama.
Baca juga: Ryan Tedder jejakkan kaki di Indonesia, vokalis One Republic itu akui dirinya insaf