Malaysia Dateline

Leka tonton filem Tamil, ibu redha kereta ‘banjir’ gara-gara anak bersihkan tumpahan air milo siap minta belanja megi goreng

Seorang ibu redha apabila keretanya ‘banjir’ gara-gara si anak membersihkan tumpahan air milo dengan menggunakan getah paip air yang disembur ke dalam kereta.

Menurut si ibu, beliau sebenarnya menyuruh si anak Nur Izzah Nayli membersihkan air milo yang ditumpahkan namun dikatakan idea si anak untuk membersihkan kesan itu sangat menyedihkan.

Si ibu pula dikatakan sedang leka menonton filem Tamil menyebabkan beliau terlepas pandang melihat anaknya membersihkan kotoran itu.

“Asalnya hanya suruh Nur Izzah Nayli bersihkan air milo tumpah, tapi cara dia dapat idea nak bersihkan tu memang menyedihkan ibunya yang tengah leka layan filem Tamil Billa TV2… Takpa kita doakan moga Nur Izzah jadi tokey carwash bila besar nanti,” kata si ibu.

Namun telatah Izzah itu sempat diambil gambar secara curi oleh abangnya sambil gelak.

Apa yang melucukan tanpa rasa bersalah Izzah pula dapat menikmati megi goreng dan milo ais sebagai upah kerana menolong ibunya membersihkan tumpahan milo tadi.

“Nur Izzah Nayli minta belanja maggie goreng dan milo ais sebab tolong ibu basuh kereta..layann kan jela bawak Izzah pergi restoren, sambil nak talk2 dengannya dari ke hati ke hati,”katanya.

Tanpa rasa bersalah Izzah mencadangkan ibunya agar membuka pintu, cermin, bonet untuk mengeringkan keretanya selepas ditanya ibunya macam mana mahu keringkan air di dalam kereta.

“Macam mana nak keringkan air dalam kereta ni yer izzah?

“Izzah jawab ” takkan nak sidai kot, senang je, buka la pintu kereta, buka la cermin kereta, buka la bonet, keringla.

“Ibu hanya mampu jawab OOOOOOOOO sepuluh harkat.

“Hari isnin dengan takde rasa bersalah nya bila lalu depan kereta yang telah selamat di basuh semalam dah pun pergi sekolah PRA SK Seri Makmur Sg besar,” katanya.

Justeru si ibu menyimpulkan kisah ‘banjir’ ini sebagai penganjaran buat ibu bapa di luar sana supaya menyimpan paip getah di dalam almari selepas digunakan.

Kisah ini dikongsi di Facebook Emmi Muhammad Shah turut mengundang perasaan geli hati dalam kalangan netizen.