Malaysia Dateline

Tahap umur perkahwinan disaran ditingkat ke 18 tahun

Lelaki 63 tahun dedah sudah 53 kali kahwin bukan untuk kepuasan tetapi mencari kebahagiaan

Lelaki berusia 63 tahun mendedahkan dia sudah 53 kali berkahwin semata-mata mahu mencari kebahagiaan dan ketenangan fikiran.

Menurut Abu Abdullah yang berkahwin ketika berusia 20 tahun itu, berkahwin sebanyak 53 kali itu bukan kerana kepuasan peribadi semata-mata.

Katanya, perkahwinan 53 kali itu mengambil tempoh yang lama ketika usianya 20 tahun di mana isterinya enam tahun lebih tua kemudian berkahwin pula pada usia 23 tahun.

Dalam tembual bersama dengan stesen televisyen MBC, Abu Abdullah berkata dia kini berkahwin dengan seorang wanita dan tidak merancang untuk berkahwin semula.

Abu Abdullah

“Ketika pertama kali berkahwin, saya tidak bercadang untuk berkahwin lebih daripada seorang kerana berasa selesa dan mempunyai anak.

“Tetapi selepas beberapa ketika, masalah mula timbul dan saya memutuskan untuk berkahwin lagi ketika berusia 23 tahun. Saya maklumkan hasrat itu kepada isteri,” katanya.

Katanya, masalah lain pula tercetus di antara isteri pertama dan kedua, menyebabkan dia berkahwin untuk kali ketiga dan keempat. Tidak beberapa lama selepas itu, dia menceraikan pula isteri pertama, kedua dan ketiga.

Jelas Abu, dia berbuat demikian kerana mahu mencari wanita yang boleh membahagiakan dia di samping cuba berlaku adil kepada semua isterinya.

“Saya berkahwin dengan 53 wanita dalam tempoh yang lama. Yang pertama ketika saya berusia 20 tahun dan dia enam tahun lebih tua daripada saya,” katanya.

Menurutnya, tempoh perkahwinan yang paling singkat adalah satu malam.

“Setiap lelaki di dunia ini ingin mempunyai seorang wanita dan kekal bersama selama-lamanya. Kestabilan bukan untuk wanita muda, tetapi dengan wanita tua.

“Kebanyakan perkahwinan saya adalah dengan wanita Saudi. Saya juga pernah berkahwin dengan wanita warga asing semasa lawatan perniagaan di luar negara. Saya pernah tinggal di luar negara selama tiga hingga empat bulan, jadi saya berkahwin untuk melindungi diri daripada maksiat,” katanya dipetik Thereporter.

Dalam Islam, seorang lelaki hanya dibenarkan berkahwin sehingga empat isteri dalam satu masa. Jika seorang lelaki tidak boleh berlaku adil terhadap semua isterinya, maka dia mesti berkahwin dengan seorang wanita sahaja.