Lelaki beli rumah sebiji lepas jumpa berlian di tapak pembuangan sampah

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki yang berkerja sebagai pengumpul barangan terpakai langsung tidak menyangka bakal memperoleh durian runtuh selepas berlaku kebakaran di tempat pembuangan sampah di Kota Malang, Indonesia.

Difahamkan selepas 5 hari kebakaran itu berlaku, lelaki yang dikenali sebagai Harianto ini tergerak hati untuk mencari barangan di tempat timbunan sampah yang sudah terbakar sebahagiannya itu.

Ketika mencari-cari barangan terpakai yang mungkin masih bernilai, dia secara tidak sengaja menemui sebentuk cincin dan membawanya pulang.

Harianto pada mulanya merasakan cincin itu tidak bernilai namun dia cuba bertanya dengan rakan-rakan dan juga jiran-jirannya.

Namun alangkah terkejutnya dia apabila mereka memberitahu itu adalah cincin berlian.

Demi memastikannya, Harianto pun mahu menjual cincin tersebut kepada seorang pembeli yang disyorkan jirannya.

Alangkah gembiranya Harianto apabila cincin itu disahkan cincin berlian yang asli dan pembeli tersebut terus membeli cincin tersebut dengan harga 80 juta Rupiah atau lebih kurang RM21 ribu.

Dengan duit yang diperolehnya, Harianto telah mendapatkan sebuah rumah dan lima hari kemudiannya dia telah melamar kekasihnya.

“Saya dah lama berteman wanita, tetapi tak berani untuk berkahwin. Tetapi apabila saya telah mendapat rumah, saya terus melamarnya,” ujarnya.

5 tahun selepas dia menemui cincin dan melangsungkan perkahwinan, Harianto dan isterinya kini sudah mempunyai 5 orang anak dan pekerjaannya sebagai pengutip barangan terpakai juga makin stabil.

Harianto dilaporkan mempunyai pendapatan disekitar 80 ribu hingga 100 ribu rupiah sehari iaitu lebih kurang RM21 hingga RM27 sehari.

Baca juga: Datin Shahida dituduh tumpang kekayaan suami, ini respons Aliff Syukri – “Takpelah bini aku!”