Malaysia Dateline

Lelaki berasal dari Melaka mangsa ke-15 mati akibat Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat satu (1) kematian baharu dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.

“Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka.

“Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling),” menurut satu kenyataan melalui Facebook tengah hari ini.

Lelaki berkenaan mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. dan beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.