Seorang lelaki mencuri tumpuan warganet selepas menghadiri konsert The Eras Tour Taylor Swift di Singapura dengan gaya yang lain daripada lain.
Lelaki itu mengenakan t-shirt putih di mana bahagian belakang baju itu dicetak kos keseluruhan yang dikeluarkan untuk membawa si isteri ke konsert tersebut.
Di hadapan baju-T yang dicetak terdapat tulisan berbunyi; ‘Saya bukan Swiftie, tetapi saya mahu membahagiakan isteri saya’.
Sementara itu, di bahagian belakang adalah pecahan penuh perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pasangan itu menghadiri konsert pada 3 Mac.
Perincian bajet ke konsert Taylor Swift:
Kategori tiket: 21.5 juta rupiah (RM6,463)
Tiket kapal terbang Surabaya ke Singapura – 7 juta rupiah (RM2,104)
Menginap di hotel untuk 1 malam – 3.8 juta rupiah (RM1,142)
Makan dan minum – 3.8 juta rupiah (RM1,142)
Baju isteri – 1 juta rupiah (RM 300
Cenderamata – 1 juta rupiah (RM300)
Kemeja-t custom – 50 ribu rupiah (RM15)
JUMLAH: 34,350,000 rupiah (RM10,330)
Bagaimanapun, jumlah yang dinyatakan adalah tidak tepat. jumlah wang yang dibelanjakan lelaki itu adalah 38,150,000 rupiah atau bersamaan RM11,472.
Untuk info, isteri lelaki itu adalah pempengaruh popular di Indonesia, Ulfa Merdeka.
Baca juga: “Jangan guna cara begini ugut orang tua” – Ibu Nga Kor Ming terima nota ‘jangan cabar Islam’