Malaysia Dateline

Lelaki buat eksperimen tinggalkan ‘laptop’ di kafe untuk melihat adakah ia akan dicuri…dan ini yang terjadi

Seorang Youtuber melakukan satu eksperimen untuk menguji kejujuran orang awam apabila dia dengan sengaja meninggalkan barangan peribadinya iaitu komputer riba (laptop) di sebuah kafe di Singapura tanpa pengawasan.

Dalam perkongsian video berdurasi hampir satu minit itu, lelaki yang dikenali sebagai Uptin membiarkan komputer ribanya ditinggalkan di kafe berkenaan sementara dia keluar mencari makan tengahari.

“Singapura adalah antara negara yang paling kurang kadar jenayah. Jadi hari ini saya meninggalkan laptop saya di Starbuck selama satu jam tanpa meminta sesiapa mengawasinya. Sementara itu saya akan keluar makan tengahari.

Uptin yang juga merupakan bekas wartawan itu kemudian menerangkan bagaimana Singapura dapat menghapuskan jenayah, dengan menyebut bahawa republik itu pernah mencapai 250 hari berturut-turut merekodkan sifar jenis jenayah biasa.

“Ini bermakna tiada seorang pun rakyat Singapura yang kehilangan telefon bimbit dalam tempoh lebih lapan bulan di negara ini,” kata pencipta kandungan itu yang mempunyai lebih 680,000 pengikut di TikTok.

Dalam video tersebut, Uptin berkata kadar jenayah di Singapura merekodkan peratusan yang rendah kerana kejujuran dan keadilan adalah sebahagian besar budaya di sana.

Selain itu, keperluan asas penduduk di sana juga dijaga dengan baik menyebabkan orang ramai merasa mereka tidak sepatutnya melakukan jenayah.

“Ekonomi dan program kerajaan menjadikannya begitu. Kebanyakan orang di sini hidup dengan baik. Anda tidak akan pernah melihat gelandangan.

“Dan nombor tiga ialah pengawasan. Terdapat kamera di mana-mana yang melindungi daripada jenayah, dan akibat dari mencuri sangat teruk,” katanya.

Uptin kemudian menunjukkan petikan laporan The Straits Times yang menyebut pecah rumah dan mencuri membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda di Singapura.

Sejurus selepas makan tengahari dan mengunjungi pusat membeli belah, Uptin kembali semula ke kafe berkenaan dan apa yang mengejutkan, komputer riba miliknya masih lagi berada di atas meja tidak diusik.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Uptin beranggapan kamera CCTV yang banyak dipasang di mana-mana tempat menyebabkan ramai yang takut untuk mencuri.

Bahkan melalui sosial eksperimen itu, mereka menganggap ianya satu eksperimen yang baik dan membuka mata kerana pada masa kini susah untuk mengekang jenayah ringan yang berlaku di negara mereka.

Baca juga: “Sampai di hospital saya terus bertanyakan cucu, tak sangka mereka ‘pergi’ serentak” luah bapa mangsa kemalangan

Baca juga: ‘Jangan pilih pemimpin yang hanya perlekeh agama’ – Khutbah Jumaat di Selangor seru ambil iktibar ketidakstabilan kerajaan lalu