Ada sebab mengapa sesetengah kedai memilih untuk menjual di Shopee dan mengasingkan pembeli yang membeli di kedai fizikal.
Beratus parcel yang perlu dihantar kepada pelanggan, jadi tidak terkejut jika ada yang tak punya masa untuk berjumpa secara fizikal.
Seorang lelaki menerusi ‘Shopee Express Buat Hal Apa Hari Nih?’ mempersoal tindakan seorang penjual Shopee yang memintanya membeli barang tersebut melalui platform itu sahaja.
“Ceritanya aku nak beli barang dekat penjual ni, jadi aku mesej dan bertukar nombor.
“Nak dijadikan cerita, aku nak beli kat kedai dia terus sebab semua tahu Shopee Ekspress suka peram (lambat hantar) barang dan aku pula nak barang tu cepat,” ujarnya.

Tambahan pula, penjual tersebut juga memintanya untuk memadam akaun Shopee kerana setahunya segala barangan memang dikendali Shopee Ekspress.
Rata-rata warganet tampil mempertahan penjual rersebut kerana ada kemungkinan penjual boleh disekat dari menjual di platform Shopee.
“Tak boleh buat urusan luar Shopee, pejual boleh disekat jadi kasihan pada penjual. Pembeli kena faham hal ini,” ujar Anisah Beautyhouse.
Penjual tak salah dalam hal ini, jangan rasa diri tu ‘entitled’ sangat. Hak dia nak uruskan macam mana, dia bukan pelayan anda,” tambah Abdul Hafez Zahruddin.
Baca juga: Tak ada duit nak bayar rumah sewa, wanita terpaksa mencuri