Seorang rakyat Malaysia yang berada di Amerika Syarikat (USA) mendedahkan bagaimana kerajaan mereka mengatasi masalah murid sekolah seperti yang sedang diperkatakan di negara kita iaitu silibus, beg sekolah berat dan bilangan murid.
Saif Suhairi yang tinggal di Newark, Delaware menunjukkan perbezaan ketiga-tiga masalah itu yang berjaya diatasi oleh US bagi mengurangkan beban kepada murid.
“Aku tunjuk perbezaan untuk orang kita menilai mana baik mana buruk . Apa USA buat untuk atasi masalah budak sekolah :
1.Silibus: (kiri silibus negara kita yang aku pinjam dari fb cikgu Mohd Fadhli Salleh)
Di Malaysia darjah 1 dah kena hafal sifir 6. Anak aku 1st grade USA baru trace number macam budak 4 tahun tadika. Bagus ke tidak? Macam slow sangat pula kan. Yang ni aku atas pagar. Agak agak la grade 1 tracing numbers dan letters je.
Grade 3 hujung tahun baru nak masuk darab. Slow sangat Tapi sekolah sini start middle school & high school tiba tiba dia akan pecut.
Mungkin sini dia bagi budak sekolah rendah banyak main dan suka sekolah dulu kot.
Tapi kalau ada budak advanced, dia ada program untuk carter level anak tu. Ada mechanism dia untuk handle budak yang lain-lain level.
2.Bag sekolah berat :
Tiada buku untuk bawa balik rumah. Tinggal dalam meja. Bawa balik laptop Dell (seorang dapat satu), file kerja rumah atau kerja hari ini. Biasanya kerja kelas buat atas kertas je macam gambar ni. Mostly tinggal kat sekolah kecuali ada certain cikgu bagi bawa balik untuk tunjuk progress kat parents.
3.Bilangan murid:
Standard dalam kelas ada 20 murid. Paling banyak 25. Dan tiap kelas mesti ada seorang cikgu dan seorang pembantu mengajar. Cikgu focus mengajar dan ada yang membantu bagi budak faham, bagi kertas, minta budak behave etc.
Boleh la tenang sikit cikgu dan dapat focus dekat perkembangan budak-budak.
Apa apa pun, sebagai orang malaysia walaupun duduk di luar, Aku rasa sampai masa Malaysia once and for all pilih satu cara paling berkesan dan stick to it .
Ni setiap kali tukar government/PM/menteri, tukar balik policy. Tak rasa itu bagus untuk pendidikan generasi kita.
Yang penting, orang yang berfikiran kritis, wajib kita dokong bukan pangkah.
Baca juga: Murid tahun dua pun dah kena jawab soalan KBAT tentang pekerjaan, ‘ini silibus syok sendiri’
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio