Seorang lelaki dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai ‘Trophy Husband’ membuat pendedahan kepada media bahawa dia mempunyai tiga isteri.
Apa yang lebih mengejutkan, dia sebaliknya tidak bekerja dan menjadi ‘suri rumah’. Tiga isterinya pula mempunyai pekerjaan tetap.
Nick Davis, 39, bapa kepada dua anak itu mengahwini tiga isterinya April, Danielle dan Jennifer lapor New York Post.
Nick bertemu isterinya April ketika menuntut di universiti 15 tahun lalu sebelum berkahwin dengan Jennifer sembilan tahun kemudian.
“Jelas bagi saya yang dia (Jennifer) seorang yang hebat, ada intelek tinggi dan saya tahu bahawa Nick tertarik dengannya,” kongsi April.
Selepas keluarga itu muncul di rancangan realiti Seeking Sister Wife tahun lalu, Danielle yang berusia 22 tahun pula menjadi isteri baharu Nick.
“Memiliki tiga isteri dan hidup harmoni adalah sesuatu yang sukar dipercayai. Seperti mimpi jadi realiti,” kata Nick.
Kahwin ramai atau bermadu jarang didengar di luar negara namun untuk kes ini, isterinya yang menjadi ‘matchmaker’ (pencari jodoh).
Baca juga: Boleh pula parkir dalam rumah sebab ingat tiada orang, pemilik terpaksa cari jiran