Malaysia Dateline

Lelaki jelajah 91 negara cari tandas paling teruk di dunia akhirnya temui di Tajikistan seperti ‘lubang neraka’

Menjelajah 91 negara dalam usaha mencari tandas paling teruk akhirnya lelaki ini telah terjumpa satu tandas di Tajikistan yang disifatkan sebagai ‘lubang neraka’.

Sepanjang perjalanan pergembaraan 75,000 batu dengan perbelanjaan RM 773,000 Grahama Askey, 58 mengumpulkan pengalamanya menggunakan tandas terburuk di dunia dalam buku terbaharunya berjudul Toilets of The Wild Frontier.

Beliau dikenali sebagai ‘raja porselin’ oleh rakan-rakanya dilaporkan berjaya menemui sebuah tandas yang tidak masuk akal ketika berada di Tajikistan.

Dia menyifatkan tandas itu bukan untuk orang yang lemah hati.

Tandas setinggi lima kaki itu seakan seperti gerai kayu, namun yang paling mengejutkan adalah ia dikelilingi oleh longgokan najis yang kering dibawah cahaya matahari.

Selain itu, pengguna tandas berkenaan juga perlu berwaspada ketika menyeberang jalan kerana terdapat kewujudan ular berbisa di kawasan itu. Askey juga mendedahkan bahawa dia mendapati tikus-tikus turut bersarang di celah-celah batu berhampiran tandas tersebut.

Untuk membersihkan diri selepas melepaskan hajat, penduduk tempatan dilapor menggunakan kain tenunan sebagai ganti kepada tisu. Askey memaklumkan tandas itu hanya digunakan jika keadaan benar-benar terdesak sahaja.

“Setelah menggunakan beberapa kemudahan tandas paling kotor yang terdapat di dunia ini, tandas di Tajikistan adalah yang paling teruk dan ianya adalah seperti ‘lubang neraka’.

“Tisu tandas tiada disediakan. Ia dibina dengan sangat mudah dan hanya menggunakan kain sebagai fungsi penghadang. Nampaknya penduduk tempatan menggunakannya sebaik mungkin,” katanya lagi.

Baca juga: Penghakiman kes Zahid di Mahkamah Tinggi perlu diteliti dan kaji sebelum ke Mahkamah Rayuan

Baca juga: Sumbangan Bob Lokman buat industri hiburan besar, Sabri Yunus sedih hilang sahabat baik