Lelaki kantoi skodeng isteri jiran tengah mandi, “kau pulak jadi setan bulan puasa ni ye”

Oleh KIM SYAZIE

Leka mengintai wanita yang sedang mandi, seorang pemuda tidak sedar perlakuannya itu sedang dirakam oleh orang awam.

Mengintai isteri jirannya sendiri, lelaki yang belum berkahwin itu kemudian ditahan pihak polis selepas menerima laporan daripada suami mangsa.

Kejadian yang berlaku di Kampung Seronok, Bayan Lepas itu bermula apabila suspek mengintai mangsa di bahagian belakang bilik mandi.

Kegiatan lelaki tempatan itu kemudian dirakam oleh anak jiran mereka sebelum video tersebut dikirim kepada mangsa menerusi aplikasi Whatsapp.

Mangsa yang terkejut itu terus memberitahu kejadian tersebut kepada suaminya yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal memaklumkan bahawa suspek yang berusia 32 tahun itu telah ditahan.

Hasil siasatan lanjut mendapati perbuatan tidak senonoh itu telah dilakukan suspek beberapa kali sebelum ditahan.

“Hasil soal siasat mendapati suspek sudah beberapa kali mengintai mangsa sebelum ini.

“Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Bekerja sebagai operator kilang, ujian saringan air kencing ke atas suspek itu negatif dari sebarang pengambilan dadah.

Baca juga: Ingatkan dah meriah pasang lampu liplap, sekali jiran pasang lampu disko kat rumah