Lelaki kongsi tiga ‘part time’ paling masyuk, yang penting bukan kerja ‘retail’

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemuda memberi panduan kepada anak muda yang masih tercari-cari pekerjaan sambilan untuk menambah pendapatan.

Lelaki berkenaan berkongsi rahsia kepada golongan awal 20an dengan menyenaraikan tiga pekerjaan sambilan yang dianggapnya lebih berbaloi dan menjanjikan pulangan lumayan.

Namun menurutnya, pekerjaan sampingan di gedung jualan pakaian perlu dielakkan kerana membazir masa.

“Dalam usia 20-an, jangan bazirkan masa anda buat kerja sambilan di gedung jualan pakaian hanya kerana anda nak bergaya.

“Sebaliknya, kerjalah sebagai bellboy, golf caddie, valet driver atau apa saja pekerjaan yang menawarkan tips,” kongsinya memetik mStar.

Selain itu dia berkata tiga pekerjaan itu juga membuka ruang kepada anak muda untuk berkenalan dengan golongan profesional.

“Pekerjaan-pekerjaan ini juga memberi peluang untuk anda berkenalan dengan orang kaya dan berpengaruh.

“Dengan cara ini, anda boleh mengumpul lebih banyak wang. Malah, gaji anda juga tak perlu sentuh kerana boleh guna wang tips untuk perbelanjaan.

“Pekerjaan pekerjaan ini juga memberi peluang untuk anda berkenalan dengan orang kaya dan berpengaruh,” ujar pemuda itu lagi yang turut dipersetujui pengikutnya.

Baca juga: Media Thailand sifatkan Malaysia ‘pesaing’ yang menakutkan, tak sangka ini puncanya