Seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa ada peniaga di Sabah mengenakan harga keterlaluan untuk sebungkus nasi lemak telur.
Lelaki menggunakan akaun @querekboy berkata, dia terkejut apabila nasi lemak yang dibelinya berharga RM8.
Daripada gambar yang dikongsi, nasi lemak itu kelihatan menyelerakan dan lengkap semua hidangan sampingan seperti ikan bilis, timun, kacang dan sambal.
Namun ia masih lagi tidak masuk akal untuk sebungkus nasi lemak yang selalunya dijual sekitar RM3 hingga RM5, dijual pada harga lebih tinggi menyamai harga nasi lemak ayam goreng di bandar besar.
Lelaki itu turut mendedahkan lokasi gerai tersebut yang terletak di Sook, Keningau – yang mana difahamkan ia bukanlah lokasi tumpuan pelancongan atau kawasan bandar sehingga mengenakan harga RM8 untuk sarapan pagi itu.
“Peniaga di Sabah jual nasi lemak dan telur goreng pada harga RM8. Saya terpaksa buka (bungkusan makanan) di kedai dan memastikannya buat kali kedua di dalam kereta untuk melihat kuantiti nasi lemak berharga RM8 ini,” katanya memetik laporan beberapa media hiburan.
Bagaimanapun Malaysia Dateline tidak dapat melihat hantaran itu, dipercayai akaun X miliknya mengehadkan hantaran kepada pengikutnya sahaja.
Mengenai nasi lemak yang dijual pada harga agak mahal, netizen sebaliknya mendakwa harga itu rasional di Sabah lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman.
Ini kerana kata mereka, kawasan bandar agak jauh dari pedalaman dan sekaligus menyukarkan peniaga untuk mencari bekalan bahan mentah.
Mereka perlu melalui jalan yang jauh berkilometer untuk mendapatkan barangan asas.
“What are you doing in Sook Bro? Sana kan kawasan pedalaman. Harga dua kali mahal dari barang di bandar. Tengoklah keadaan jalan dari Kota Kinabalu – Sook macam mana. Dan berapa jauh tempat tu. Tolong jangan naif sangat,” komen pengguna X.
“Nasi lemak adalah makanan premium kalau di luar bandar Sabah tu. Sebelum datang tempat orang, kaji dulu,” komen yang lain.
Pun begitu, tetap juga ada yang menyokong ketidak puasan hati diluahkan lelaki itu kerana semua orang boleh agak berapa harga untuk nasi lemak telur.
“Ramai kata salah bro ni sebab tak tanya harga. Mat, nasi lemak ni bukan guna ikan Salmon dari Madagascar pun. Tak perlu tanya, orang memang jangka paling biasa letak telur RM4. Kalau ceruk pun RM5 masih lagi boleh diterima. Ni jual RM8 memang di luar jangkaan lah,” komen pengguna lain.
Apa kata anda?
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio