Malaysia Dateline

Lelaki nekad langgar kereta bekas tunang kerana tidak puas hati pertunangan diputuskan

Tular satu video seorang lelaki telah bertindak langgar kereta bekas tunang kerana tidak berpuas hati pertunangannya diputuskan.

Video itu turut memaparkan sebuah kereta viva melanggar kereta Myvi yang sedang parking dari belakang, ia dilakukan lebih daripada dua kali sehingga kereta Myvi remuk teruk di bahagian pintu.

Kereta terbabit difahamkan sengaja dipandu laju lalu merempuh sebuah kereta yang sedang pakir di mana kejadian itu berlaku di Sandakan Sabah.

Video rakaman berdurasi 30 saat yang tular itu disahkan Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek.

Menurut Ketua Polis mangsa wanita, 20-an yang juga pemilik kenderaan jenis Perodua Myvi tampil membuat laporan polis pada hari yang sama di Balai Polis Bandar Sandakan.

“Hasil siasatan , kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Bandar Indah.

“Suspek lelaki, berusia 20-an, pada masa kejadian memandu kenderaan jenis Perodua Viva, yang juga bekas tunang kepada mangsa didapati dengan sengaja melanggar kenderaan suspek yang parkir di tempat letak kenderaan.

“Pada masa kejadian, mangsa tidak berada dalam kenderaannya.” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bertindak atas laporan, polis menahan suspek pada jam 11.15 malam hari yang sama.

“Motif sebenar kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuashati dengan mangsa, berikutan perhubungan pertunangan mereka yang putus.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, ” katanya.

Baca juga: Pakai songkok tinggi sangat, netizen seloroh kata mungkin imam