Malaysia Dateline

Lelaki OKU lembam dihadapkan ke mahkamah buat panggilan ancaman bom

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membuat panggilan ancaman bom di Hospital Tampin Jumaat lepas.

Mohd Yusnaidi Mohd Yunus, 34, dihadapkan ke mahkamah sebaik tempoh reman selama enam hari tamat.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Tan Chai Wei.