Malaysia Dateline

Lelaki pasang muzik tutup jeritan isteri, 2 anaknya yang dikurung selama 17 tahun

Seorang lelaki digelar sebagai juruhebah atau DJ dikatakan memasang muzik yang kuat bagi menutup jeritan isteri dan dua anaknya yang dikurung selama 17 tahun.

Wanita bersama dua anaknya ditemukan mengalami dehidrasi dan kekurangan makanan akibat terkurung selepas 17 tahun menjadi tahanan lelaki yang juga suami serta bapa mangsa berkenaan.

Jiran memberitahu pihak berkuasa suspek Luiz Antonio Santos Silva diberi nama panggilan DJ kerana dia akan menghidupkan muzik untuk menutup jeritan mangsanya.

Pihak berkuasa pada Jumaat menjelaskan bahawa polis dimaklumkan kes itu di kawasan kejiranan miskin di barat Rio de Janeiro, Brazil.

Menurut polis, wanita dan dua anaknya berusia 19 dan 22 tahun ditemukan dalam keadaan diikat, kotor dan kelaparan.

Lelaki pasang muzik tutup jeritan isteri, 2 anaknya yang dikurung selama 17 tahun
17 tahun dikurung dan diikat

Mereka dibawa ke hospital dalam keadaan dehidrasi yang serius dan kekurangan zat makanan, kata perkhidmatan kecemasan tempatan.

Menurut laman berita Internet G1, ibu itu memberitahu pihak berkuasa bahawa dia dan anak-anaknya kadangkala tiga hari tidak makan dan kerap menjadi mangsa penderaan fizikal dan psikologi.

Luiz Antonio Santos Silva, yang berkahwin dengannya selama 23 tahun, memberitahunya dia hanya akan meninggalkan rumahnya ‘apabila anda sudah mati’

Dalam gambar yang diterbitkan oleh media Brazil, dua anak berkenaan kelihatan lebih kecil berbanding usia kerana kekurangan zat makanan.

“Apabila kami melihat keadaan dua anak itu, kami menyangka mereka tidak akan bertahan pun walau hanya seminggu lagi,” kata seorang penduduk yang tidak disebutkan namanya di kejiranan Guaratiba, di mana keluarga itu tinggal, memberitahu G1, lapor Harian Metro.

Baca juga: Berang ditolak pelawaan keluar, lelaki tikam bekas kekasih