Wanita mana tak terkejut jika suami yang dikahwini selama dua dekad sanggup menyembunyikan harta daripadanya.
Lelaki dengan nama keluarga Qin dari Shanghai yang sebenarnya jutawan itu telah menyembunyikan harta berjumlah 100 juta yuan (RM64 juta).
Menurut VN Express, alasan yang diberikan lelaki tersebut adalah kerana mahu mengelak daripada tuntutan penyelesaian perceraian oleh bekas isterinya
Wanita yang dikenali dengan nama samaran Yu Hong itu berkata, dia terkejut selepas dimaklumkan oleh mahkamah bahawa bekas suaminya memiliki 18 hartanah komersial.
Malah lelaki tersebut secara rahsia ialah seorang jutawan lapor South China Morning Post.
Sepanjang 20 tahun mereka berkahwin, dia menjadi suri rumah sepenuh masa, manakala bekas suaminya itu terlibat dalam aktiviti perniagaan.
Selepas dua kali membuat permohonan cerai, mahkamah akhirnya membenarkan penceraian dek kerana Hong membongkar rahsia bekas suami.
Semasa proses perceraian mereka, Qin telah menyerahkan semua asetnya kepada seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Ia bertujuan untuk menyembunyikannya daripada Hong. Alasan diberi Qin adalah kerana bekas isterinya tidak menyumbang apa-apa pada kekayaannya.
Menjawab hujah itu, mahkamah memutuskan pemberian harta oleh jutawan tersebut kepada anak perempuannya adalah perbuatan haram.
Pihak mahkamah mengarahkan wanita itu memulangkan aset tersebut kepada Qin.
Ini adalah supaya ia akan dapat dikongsi dengan Hong kerana haknya di sisi undang-undang demi kebahagiaan bersama.