Lelaki terkedu kena ‘reject’ bakal majikan sebab berasal dari Kelantan

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki berkongsi kisah pahit pernah ditolak mentah-mentah oleh bakal majikan hanya kerana dia berasal dari Kelantan.

Menurut ceritanya, dia ketika itu berada di luar bilik temu duga menunggu namanya dipanggil.

Tidak semena-mena dia terdengar bos syarikat melaung dari dalam bilik dengan suara yang kuat, memarahi ejen kerana membawa calon yang tidak disukainya.

“Dia cakap… berapa kali saya sudah beritahu awak, jangan bawa orang Kelantan!

“Mendengarnya dari luar membuatkan saya terasa, berkecil hati. Tapi saya faham dia mungkin mempunyai pengalaman negatif dengan seseorang dari Kelantan.

“Tapi tidak perlu menjerit-jerit hanya nak menunjukkan point dia tu,” dedahnya menerusi satu hantaran di laman sosial, memetik mStar.

Tambah individu itu, walaupun sudah bertahun-tahun insiden tersebut berlaku, namun ia masih berbekas sehingga ke hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku sudah pun lama sekitar tahun 1993, di mana persepsi dan stereotaip terhadap sesuatu negeri masih menebal dalam masyarakat.

Jika dibandingkan dahulu, masyarakat kini lebih terbuka dan tidak mengadili seseorang berdasarkan kenegerian.

Tetapi tidak dinafikan, masih ramai yang berfikiran stereotaip dan menunjukkan persepsi negatif terhadap orang Kelantan

Baca juga: Tak perlu rebus berjam lama, guna jus buah ini ‘confirm’ ayam kampung lembut dalam masa 10 minit!