Malaysia Dateline

Lelaki tetak ibu tiri disiasat kurang siuman, di bawah pengaruh dadah

Polis memaklumkan lelaki yang membunuh ibu tirinya dengan menetak leher wanita itu hingga putus di Kampung Dalam Senduk, Jerek di Gua Musang, petang semalam adalah kurang siuman.

Siasatan awal polis juga mendapati lelaki berusia 39 tahun itu di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata kepada media hari ini tangkapan sudah dibuat semalam.

Menurutnya, suspek tampil menyerah diri di Balai Polis Bertam sejurus selepas kejadian yang mengorbankan seorang wanita berusia 54 tahun itu berlaku pada jam 4.55 petang.

Lelaki tetak ibu disiasat kurang siuman, di bawah pengaruh dadah
Penduduk Kampung Dalam Senduk di Gua Musang gempar seorang wanita putus leher.

Sehubungan itu, suspek yang dipercayai membunuh ibu tirinya dengan menggunakan parang ditahan reman tujuh hari bermula hari ini hingga 23 Februari, lapor BH.

Semalam, media melaporkan mangsa ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumahnya dengan leher putus.

Senjata digunakan juga dijumpai di lokasi. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.