Lelaki tunjuk cara angkat peti ais naik tingkat 4, netizen risau kena slip disc

Oleh KIM SYAZIE

Pastinya ramai tertanya bagaimana cara mengangkat barangan besar seperti peti ais naik hingga ke tingkat empat.

Seorang pengguna Twitter, @jllmisai berkongsi video mengenai cara lelaki mengangkat peti ais seorang diri.

Menerusi video tersebut, lelaki itu hanya memegang dua tali sebelum meletakkan sepenuhnya beban peti ke atas belakangnya.

Namun netizen pula bimbang melihat dirinya kerana takut mengalami slip disc, malah ada yang berkongsi kesakitan badan walaupun angkat hingga tingkat satu sahaja.

“Harap abang ni tak kena slip disc. Sebagai orang yang pernah alami slip disc, aku meremang tengok dia bawa peti sejuk mcm tu.

“Segala beban diletakkan dekat belakang badan,” komen Naim Zaini.

“Ya Allah mesti berat gila ni aku angkat peti ais satu pintu bawa naik bilik dekat tingkat satu pun dah menangis lepas tu terus sakit badan seharian,” tambah pengguna Twitter.

Baca juga: Tak perlu vakum! Bibik ajar cara unik bersih karpet guna mop, dah macam dapat karpet baru