Malaysia Dateline

‘Lemaskan’ api, jangan simbah air? Ini cara sebenar padam kebakaran

Segitiga pembakaran

‘Lemaskan’ api bermaksud menghalang kemasukan udara sebaliknya tindakan simbah air boleh menyebabkan kebakaran menjadi semakin marak.

Rakaman video orang ramai di Thailand cuba memadamkan kebakaran sebuah motorsikal yang dilihat bermula di tangki petrol dengan air turut menarik perhatian warganet di negara ini.

Menurut Amer Imran, kaedah melemaskan api sebenarnya adalah paling berkesan bagi mengelak api bertambah marak seterusnya memadamkan kebakaran.

“Jangan kasi oksigen, api tak akan menyala. Ambil kain basah dan tutup. Selesai.

“Sebab itu penting asas ilmu kebakaran dan pertolongan cemas untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga juga,” katanya.

Tindakan individu itu memadamkan kebakaran dengan menyimbah sebaldi air hanya menjadikan api bertambah marak.

Pendapat sama juga dilontarkan Silmie Elias apabila mengingatkan tentang pentingnya memahami segitiga pembakaran yang terdiri daripada tiga elemen iaitu oksigen, haba dan bahan bakar.

Beliau berkata, dengan hanya memutuskan salah satu unsur tersebut barulah kebakaran dapat dipadam.

“Sebenarnya boleh selamat. Tutup saja tangki petrol tu. Api akan mati, tak perlu susah-susah. Bahan bakar, oksigen, haba. Buang salah satu ni, api takkan menyala,” jelasnya lagi.

Baca juga Berlari disambar api, tidak kurang 13 terbunuh dalam kebakaran kelab malam

Baca juga Korban kelab malam haram terbakar di Thailand kini 15 orang, lima pegawai kanan polis dipindah segera