Lembaga Disiplin akan dedah senarai nama ahli langgar disiplin, tohmah parti, kata Muhyiddin

Lembaga Disiplin akan dedah senarai nama ahli langgar disiplin, tohmah parti, kata Muhyiddin

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mengambil pendirian untuk mendedahkan senarai nama-nama ahli parti yang didapati berniat untuk mencemar parti dan melanggar peruntukan perlembagaan parti dalam waktu terdekat ini.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Lembaga Disiplin parti dalam waktu terdekat akan mendedahkan senarai nama ahli di setiap peringkat yang didapati melanggar perlembagaan parti untuk didedahkan nama-nama mereka.

“Di kalangan mereka yang melanggar peraturan parti nama-nama mereka telah dibawa ke Lembaga Disiplin untuk diambil tindakan.

“Beberapa kes yang telah dilaporkan dan Lembaga Disiplin sudahpun membuat keputusan terhadap mereka yang telah mengeluarkan kenyataan dan tohmahan yang membawa kesan kepada imej parti.

“Lembaga Disiplin telah membuat keputusan untuk memecat nama-nama berkenaan dan akan diumumkan secara rasmi di media¬† tidak lama lagi.

“Kita membuat keputusan ini bersandarkan peruntukan undang-undang dan perlembagaan parti.

“Kita tidak ada niat bertindak membuat sesuatu yang menyalahi peraturan dan perembagaan parti lebih-lebih lagi di bawah Akta Pertubuhan,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di
Ibupejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Beliau sebelum itu melancarkan ‘Tabung Dana PPBM’ bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang yang mana mengalukan sumbangan rakyat terhadap jentera parti boleh dilayari di laman web www.pribumibersatu.org.my

Kata Muhyiddin lagi terdapat usaha pihak tertentu yang sengaja menganggugugat parti atau merasa tergugat dengan kehadiran Bersatu.

“Kononnya banyak perkara berlaku dalam PPBM melanggar perlembagaan. Kita rasa ada usaha dibuat pihak tertentu yang nak ganggugugat parti kita untuk muslihat mereka.

“Mungkin mereka rasa tergugat dengan kemunculan parti kita di setiap peringkat masyarakat dan kesan usaha yang kita lakukan ini mungkin mencabar keududukan mereka di sebelah sana.

“Selang beberapa ketika akan ada pihak tertentu panggil media buat kenyataan burukkan PPBM.

“Kita akan serah kepada peguam untuk setiap kenyataan yang dikeluarkan bukannya berniat membantu parti tetapi berniat merosakkan imej parti.

“Kita akan rujuk penasihat undang-undang tindakan yang wajar akan diambil,” ujarnya.

Lembaga Disiplin Bersatu dipengerusikan oleh Tan Sri Sanusi Junid.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS