Malaysia Dateline

Lembaga Disiplin PKR gantung, pecat, beri amaran keras kepada 8 ahli

Lembaga Disiplin PKR telah mengantung, memecat dan memberi amaran kepada 8 ahli parti itu kerana didapati melanggar tatatertib dan disiplin parti.Lembaga Disiplin PKR telah mengantung, memecat dan memberi amaran kepada 8 ahli parti itu kerana didapati melanggar tatatertib dan disiplin parti.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, mereka yang diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin susulan daripada aduan yang diterima parti semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Kes-kes berkaitan tatatertib dan disiplin ke atas 8 ahli itu  telah dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik pada 10 Julai lalu yang dipengerusikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah,dan dihadiri anggota-anggota Biro politik yang lain.

Seramai 6 ahli  dikenakan tindakan pengantungan selama 2 tahun, 1 dipecat dan 1 diberi amaran keras sebagaimana keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biro Politik:

1. Ketua Cabang Tapah Audanan Talib (Digantung 2 tahun)
2. Ketua Cabang Lenggong Id Azalan Shah Banyamin
3. Ketua Cabang Gerik Meja Kaha Othman
4. Ketua Cabang Parit Kapt (B) Usaili Alias
5. Ketua Cabang Kuala Kangsar Mohd Khair Bin Mohd Zainal
6. Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan Shanmugam  Marimuthu
7. Ketua Cabang Pasir Salak Noor Azwan Ramli (Dipecat)  
8. Ketua Cabang Pdg Rengas Alias Ibrahim (Amaran keras)

Fahmi yang juga Ahli Parlimen berkata dengan keputusan ini, semua nama yang dinyatakan  adalah tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti parti di semua peringkat.

Bagaimanapun mereka dibenarkan membuat rayuan kepada Majlis Pimpinan Pusat parti dalam tempoh  14 hari dari tarikh keputusan ini di bawah Fasal 42  Perlembagaan parti.

“Keadilan memandang cukup serius sebarang tindakan dan salahlaku anggota parti yang melanggar keputusan parti, dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana anggota parti yang memburukkan nama parti,” ujarnya.