Sejak semalam ramai yang berkongsi suasana sedih untuk melepaskan haiwan ternakan seperti lembu untuk dikorbankan malah ada yang memuat naik video lembu mengusap-usap tuannya buat kali terakhir sebelum disembelih telah mengundang sebak dalam kalanga netizen.
Mungkin inilah pengorbanan sebenar di mana terpaksa melepaskan haiwan ternakan yang disayangi, dan dimanjai untuk dikorbankan.
Malah ada video pemilik haiwan ternakan menangis hiba apabila haiwan kesayangan mereka dilepaskan, bahkan ada yang berkongsi saat sedih apabila haiwan itu sendiri mengeluarkan air mata seolah-olah tahu dirinya akan dipisahkan dengan tuannya.
Seekor lembu telah perhatian ramai kerana sangat manja dengan pemiliknya.
Tidak dinafikan bila setiap hari meluangkan masa dengan pemiliknya, lembu yang jinak itu rapat dan manja seperti kucing dan haiwan popular yang lain.
Satu rakaman video yang dimuatnaik di lamam instagram reels itu telah memaparkan seekor lembu yang dilihat sedang bergurau manja dengan tuannya dan mereka mempunyai hubungan yang rapat kerana lembu itu dilihat selesa untuk mendekatkan diri dan bergurau sebegitu dengan tuannya itu.
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang berpendapat yang persahabatan antara lembu dan tuannya itu adalah comel dan nampak yang lembu itu sayang sangat kat tuannya dan begitu juga tuannya itu.
“Dia x sabar menjadi korban demi Allah bukan dia sedih tu…lembu dia tau,” komen firmax3_by_fad.
Ada yang meletakkan emoji menangis melihat lembu itu yang begitu manja dengan tuannya.
“Sygnya kat tuan dia…mesti fhm ape tuan dia ckp untuk pesanan terakhir…” komen madame.daya.
“Lembu pun tahu nk manja dan harga tuan dia,” komen mazlina3105.
“The real pengorbanan,” kata ainna.syuha.
Baca juga: Daging korban jangan dibasuh sebelum disimpan, kalau tak…