Malaysia Dateline

Lepas 486 hari di Singapura, ‘reunion’ pemuda Malaysia dengan dua anjing peliharaannya buat netizen sebak

Lepas 486 hari di Singapura, pertemuan semula pemuda Malaysia dengan dua anjing peliharaannya buat netizen sebak.

Sempadan negara Malaysia-Singapura kembali meriah selepas kerajaan mengumumkan pembukaan semula sempadan yang membolehkan rakyat Malaysia di negara itu pulang semula ke tanah air.

Di TikTok, tular satu video menyentuh hati di mana seorang pemuda akhirnya dapat bertemu dengan dua anjing peliharaannya selepas lebih setahun dia tidak dapat pulang ke Malaysia.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat reaksi anjing berkenaan yang terus melompat dan tak duduk diam sejurus melihat kelibat tuannya di depan pintu pagar.

Reaksi pemuda tersebut yang meluru masuk memeluk dua anjing peliharaannya turut menyentuh hati netizen.

Aku pula yang sedih, meleleh air mata

Meninjau ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sedih dan sebak melihat keakraban pemuda berkenaan dengan haiwan peliharannya sehingga begitu sekali reaksi haiwan itu apabila berjumpa semula dengan tuannya.

Baca juga: