Lepas Amanah kita bersatu, kata Adun Umno di sidang Dun Kelantan

Lepas Amanah kita bersatu, kata Adun Umno di sidang Dun Kelantan

Kemunculan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mendapat perhatian dalam perbahasan di persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang sedang berlangsung.

Kemunculan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mendapat perhatian dalam perbahasan di persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang sedang berlangsung.

Abdul Aziz DerasidAdun BN Kuala Balah Abdul Aziz Derasid berkata politik Kelantan semakin meriah apabila semakin banyak parti muncul untuk menjadi pilihan rakyat di negeri Kelantan.

“Dalam kawasan saya yang dulunya hanya ada bendera BN, Pas dan PKR, kini telah kelihatan muncul parti baru PAN (Amanah) dan Bersatu,” katanya ketika mengambil bahagian dalam ucapan menjunjung kasih titah ucapan pemangku Raja Kelantan petang semalam.

Di sekitar Kota Bharu pula kata beliau, bendera Amanah berwarna oren kelihatan semakin banyak menggantikan bendera Pas berwarna hijau di kebanyakan tempat.

“Dekat rumah saya di Cherang begitu banyak bendera oren dan bendera hijau semakin hilang,” katanya.

Pihak Pas menurut beliau apabila ditanya tentang parti baru ini sentiasa membuat penafian kononnya tiada penyokong.

“Yang naik bendera banyak tu siapa, kalau bukan penyokong mereka.

“Kambinglah agaknya,” katanya menjadikan dewan riuh seketika.

Abdul Aziz yang mencadangkan ahli-ahli politik tidak menggunakan kata-kata kesat dan membanyakkan tolak ansur mahu perkembangan seperti ini dilihat secara positif.

“Saya ucap tahniah kepada Datuk Husam. Memang patut kita semua beramanah.

“Lepas amanah kita bersatu pula datuk,” kata beliau merujuk kepada adun Salor Datuk Husam Musa.

Nada ucapan ahli-ahli dewan yang terdiri dari pihak Pas dan BN bercampur-campur antara seruan kepada perpaduan dan kecaman terhadap pihak lawan.

Adun Pas Yusnan Yusof (Melor) dan Adun Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim yang terus membangkitkan diskriminasi kerajaan pusat terhadap kerajaan Kelantan dikecam Adun-Adun BN.

Adun BN Paloh yang juga ketua pembangkang walaupun terus membangkitkan sikap tidak adil kerajaan negeri berkaitan pemberian geran tanah turut menyelitkan harapan agar kerajaan pusat dan negeri dapat berbaik-baik.

TAGS