‘Lepas dia ambil duit, botol dicampak ke laut’ – Mulanya simpati tapi jadi menyampah

Oleh ARIF ATAN

Orang ramai berkongsikan pengalaman memberi sumbangan kepada masyarakat etnik Bajau Laut di Sabah termasuk mencampakkan botol mengandungi duit kepada mereka.

Bagaimanapun, rasa simpati yang mulanya ada bertukar menyampah apabila mereka yang tidak mempunyai dokumen sah untuk diiktiraf sebagai rakyat Malaysia itu membuang botol ke laut selepas mengambil duit.

“Yang menyampahnya lepas dia ambil duit, botol dicampak ke laut. Sedih. Berlambak sampah,” tulis Reha Sham.

Hal sama dibangkitkan seorang netizen yang juga meletakkan duit dalam botol kosong bagi mengelak duit basah atau melayang ditiup angin.

“Saya bercuti di sana pun buat macam tu. Lepas tengok dia buang botol ke laut lepas ambil duit terus rasa menyampah. Memang tahap kritikal sampah terapung di laut Semporna ni,” ujarnya.

Reaksi itu susulan perkongsian rakaman video ringkas yang memaparkan seorang individu dari atas air dipercayai chalet memberikan sumbangan wang dalam botol sebelum dicampakkan kepada mereka yang berperahu.

“Yang dah pergi pulau-pulau Sabah saja tau situasi. Jangan kerap sangat bagi nanti sekampung dia bawa mari.

“Pernah pergi Semporna. Nampak seseorang beri snack kepada budak-budak di sana. Sekejap kena serang balik sebab mereka nak lebih,” ujar warganet.

Majoriti masyarakat Bajau Laut masih tinggal dalam perahu dan tidak ada penempatan yang tetap.

Untuk rekod, komuniti Bajau Laut yang kebanyakannya datang dari Filipina tidak mempunyai dokumen yang sah untuk diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.

Mereka secara budaya bukan pendatang memandangkan sudah berada di perairan Sabah sebelum kewujudan pembentukan Malaysia lagi.

Walau bagaimanapun, mereka tetap bukan penduduk yang sah kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri daripada pihak kerajaan.

Baca juga Berlambak bahan lucah budak dalam telefon bimbit, penuntut IPT warga asing ditahan

Baca juga Digelar secondhand dan kereta terpakai, Fatin Afeefa tak hirau cacian