Pengarah filem kelahiran Kelantan, Syahmi Sazli memberi pesanan kepada orang ramai untuk berhati-hati dengan perniagaan air balang palsu yang cuba menggunakan namanya.
Syahmi dalam hantaran di Facebook memberitahu, dia mendapat info bahawa ada pelanggan yang membeli air balang dari ‘reseller’ yang mendakwa kononnya ejen di bawah Syahmi Sazli.
Dia juga tampil menjelaskan pihaknya tidak menyediakan stiker berasingan dengan air balang, sebaliknya stiker sudah dilekat pada botol ketika dijual.
Ini berikutan ada pelanggan memberitahu mereka perlu melekatkan sendiri stiker Air Balang Syahmi jika dibeli dari ‘reseller’.
“Ada orang WhatsApp Nissa (isteri) tanya betul ke itu air balang mi.. Dia beli dengan reseller dan stiker tu dia bagi asing, kena tampal sendiri.
“Mi jual siap tampal stiker. Dan kalau kita tengok dalam gambar di bawah, design stiker tu pecah-pecah dan tidak jelas.
“Botol mi punya tidak macam tu dan yang paling jelas sekali adalah warna air jagung dia kuning macam… Air jagung mi bukan warna macam tu,” katanya.
Bagaimanapun Syahmi berkata, dia seperti dapat mengagak perbuatan ini angkara siapa tetapi enggan menuding mana-mana pihak.
Disebabkan perkara ini, Syahmi juga memutuskan mulai minggu depan dia tidak akan menjual air balangnya kepada mana-mana ‘reseller’.
“Air hanya akan dijual di kedai dessert Nissa, kedai Kieda Crepe Penang dan mi jual sendiri pada Jumaat Sabtu. Yang lain tu semua fake!
“Mi tak halalkan duit yang dia dapat dengan menipu orang menggunakan nama mi..,” katanya lagi.
Baca juga: ‘Air terjun’ dekat flat berpunca tangki air pecah, 6 kereta rosak…”bumbung kemik, cermin pecah”
Baca juga: Kanak-kanak 12 tahun meraung minta tolong, orang ramai hanya rakam tapi tak bantu langsung