“Lepas isteri aku hilang barulah aku sedar betapa pentingnya dia dalam hidup, selama ni aku abaikan dia”

Oleh MAISARAH AISYA

Bila ada depan mata diabaikan, bila sudah hilang barulah sedar akan kepentingan pasangan dalam hidup.

Tidak kira lelaki atau wanita, ada sahaja yang tidak mengambil berat hal pasangan hinggalah mereka merasa kehilangan.

Seorang lelaki tidak menyangka rupanya si isteri menyimpan dendam selepas diabaikan sepanjang perkahwinan.

Di bawah adalah kisah tersebut.

Isteri aku dah beberapa hari tak balik rumah, aku call tak angkat, mesej tak berbalas tapi telefon dia hidup seperti biiasa.

Bila aku cari dia dekat pejabat katanya isteri minta cuti lama tapi tak jelaskan atas tujuan apa.

Aku baru lepas jumpa kawan yang rapat dengan dia kawan dia cerita kat aku semua, rupanya isteri aku simpan dendam dengan aku.

Aku tau aku abaikan dia aku buat hal aku kat rumah main telefon main trade lepastu dengan anak aku tak layan aku sumpah tak sedar semua tu.

Isteri aku tegur aku banyak kali tapi aku tak sangka dia maksudkan semua tu. Nafkah aku bagi cuma masa awal perkahwinan dalam setahun aku tak bagi sebab aku banyak hutang nak kena bayar.

Ya aku salah sebab bawa dia dalam masalah benda ni. Masa tu isteri aku tak kerja lepas anak aku setahun baru dia kerja balik. anak aku seorang.

Tapi tak kan sebab tu je sampai kawan dia cakap dia dah kumpul duit nak bawa diri dan nak fasakh sampai anak pun dia tak nak.

Aku tak curang aku cuma tak sedar apa aku buat kat dia selama ni tapi aku perasan bini aku ni beberapa bulan ni dia pendiam padahal dialah penghibur kami sekeluarga.

Sekarang kalau aku nak bersama pun dia tolak. aku sayang dia, makan minum aku dia jaga aku tak ada siapa-siapa dah.

Aku nak sangat dia maafkan aku. Aku tak nak dia tinggalkan aku dan aku menyesal, aku janji akan berubah.

Isteri aku cantik, aku sayang dia. Walaupun aku tak ambil berat pasal dia, isteri tetap jaga penampilan dia.

Baca juga: “5 tahun kahwin, suami asyik ‘busy’ dengan game, aku yang penat uruskan anak seorang diri.