“Lepas kahwin suami terus berhenti kerja, aku pula kena sara dia, kalau gaduh habis berlebam badan aku…”

Oleh MAISARAH AISYA

Kadang-kadang pasangan hanya akan menunjukkan diri sebenar selepas berkahwin, masa itu nak menyesal pun rasa sudah terlambat.

Apatah lagi jika keluarga mentua pula menyokong sepenuhnya tindakan anak yang sudah terang-terangan salah.

Seorang wanita tak menyangka suami yang disangka lembut selama ini sebenarnya panas baran, tak cukup itu lelaki tersebut juga berhenti kerja selepas mereka berkahwin.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Saya baru berkahwin, belum ada anak dan usia perkahwinan kami baru 10 bulan. Kenal suami sebab satu tempat kerja dahulu.

Bercinta dalam dua ke tiga bulan, bertunang dan berkahwin. Awal perkahwinan, semua okay. Segalanya mula bila saya bekerja, suami mula lepas tangan.

Gaji saya tinggi daripada suami saya dan komitmen saya (kereta,bil) saya bayar sendiri sebab saya yang guna hampir setiap hari.

Suami mula lompat kerja tanpa ada sebarang sokongan kewangan. Alasan yang selalu saya dengar, tempat kerja tak okay, masalah rakan sekerja, syarikat tak jaga kebajikan pekerja, masalah dengan majikan dan lain-lain.

Sepanjang kami berkahwin dah hampir lima tempat kerja suami tukar, yang jadi masalah bila suami berhenti tanpa ada kerja lain.

Jadinya akan menunggu sebulan dua sementara dapat kerja baru, saya terpaksa sara dia.

Sepanjang dia tidak bekerja dan perkara ni jadi berulang kali sampai saya dah mula beremosi bila bercakap pasal kerja.

Mulalah kami sentiasa bergaduh ditambah pula suami seorang yang panas baran. Dulu bukan main cakap pun lembut sahaja tapi sekarang.

Pernah kami bergaduh teruk sampai pecah pintu, dia juga cekik saya tapi nasib baik dia sedar cepat.

Sekarang saya sudah penat dan buat keputusan nak berpisah, ini ujian kelima dalam perkahwinan kami yang belum menjengah setahun.

Selain masalah ini, keluarga mentua juga tak habis mahu masuk campur dalam urusan rumah tangga kami.

Tak cukup itu mereka juag mengata saya dibelakang, siap muat naik di status WhatsApp dan Instagram lagi.

Ibu dan ayah mentua pula anggap isu rumah tangga kami ni isu kecil dan tak patut dijadikan sebab untuk bercerai tapi saya sudah penat nak pertahan hubungan ini.

Baca juga: “Aku ibu berkerjaya, tapi digelar biawak hidup kerana suami penjawat awam bergaji tinggi”