Letak anak atas kerusi di majlis kahwin, wanita tunjuk kegunaan reben

Oleh KIM SYAZIE

Reben di kerusi majlis kahwin selalunya diletakkan untuk mencantikkan majlis biar nampak teratur dan kemas di mata tetamu.

Tapi pengguna Twitter, @mamma_ell menunjukkan kepada warganet ada kegunaan lain untuk reben tersebut.

Dia meletakkan anaknya di celah reben itu agar tidak terjatuh dan berkongsi idea itu di media sosial.

“Sekiranya anda tak tahu apa fungsi sebenar reben dekat kerusi kenduri kahwin,” katanya di Twitter.

Warganet terhibur tetapi menyatakan cadangan tersebut agak bernas untuk dilaksanakan.

“Ya Allah! Bernas,” komen @candawaratu

“Kena ikat la umar pahni (lepas ini),” ujar Hafiz Ismail.

Cara itu boleh diikutkan para ibu jika takut anak terjatuh tapi jangan sampai rosak pula reben nanti tak elok pula majlis.

Baca juga: Susah nak buat laporan sebab patah tulang rusuk, lelaki bersyukur pegawai penyiasat trafik sanggup datang rumah