Lelaki pelik lihat arang dalam kopi, warganet teringat cerita Nujum Pak Belalang

Oleh KIM SYAZIE

Jika anda melancong ke Yogyakarta, indonesia, bolehlah mencuba Kopi Joss, uniknya air ini kerana ada arang yang dimasukkan ke dalam minuman dan menghasilkan rasa berbeza.

Kopi Joss adalah kopi kosong atau kopi susu yang ditambah dengan arang yang panas, walaupun kedengaran pelik tapi ada yang menyatakan bahawa rasanya seperti karamel dibakar.

Satu video dimuat naik di TikTok oleh seorang wanita, Hafida Ismail, yang meminta ayahnya mencuba Kopi Joss dan reaksinya sangat bingung melihat kehadiran arang itu.

“Ada aranglah,” kemudian dia menolak cawan tersebut ke depa.

Anaknya kemudian menjelaskan air tersebut dipanggil Joss sebab arang tersebut, namun tidak dipastikan sama ada ayahnya meminum air tersebut ataupun tidak.

Walaupun kelihatan pelik, warganet terimbau kembali cerita Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Nujum Pak Belalang.

“Betul la cerita P Ramlee dulu buat kopi pakai arang, sekarang betul-betul terjadi,” komen Puteri_jb.

kopi

Seorang pengguna lain, Ad meluahkan rasa risau jika arang tersebut boleh membahayakan kesihatan namun komen itu dibalas pengguna lain.

“Arang pun bukan sembarangan mereka guna, ada jenis kayu yang khas,” kata Arsyadaldryand.

Buat peminat kopi boleh mencuba keunikan Kopi Joss ini apabila ada melancong ke Indonesia.

Baca juga: Jijik naik kereta wira, netizen cop ‘founder’ mengada-ngada