Letak duta Malaysia bukan keperluan semasa di Baitulmaqdis

Letak duta Malaysia bukan keperluan semasa di Baitulmaqdis

Kerajaan mengambil kira keperluan untuk meletakkan kedutaan Malaysia di Baitulmaqdis berdasarkan keperluan semasa dan kedudukan negara tersebut.

Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, daripada 93 negara di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebanyak 32 negara tidak bekerjasama dengan Israel.

“Ini kerana diperingkat Baitulmaqdis (Jurusalem) ia masih dianggap sebagai wilayah yang diduduki (occupied territory) atau mengikut apa yang diputuskan dalam resolusi 181 Artikel 1947 Palestin  diletakkan di bawah Majlis Pertubuhan Keselamatan PBB (United Nations Security Council)

“Saya anggap keputusan untuk ambil kira sama ada perwakilan (duta)  kita ada di sana atau tidak adalah berdasarkan kepada keadaan dan kedudukan semasa,” ujar beliau.

Reezal Merican (Kepala Batas-BN) menjawab soalan lisan Datuk Kamarudin Jaafar (Tumpat-PKR) yang meminta menteri luar negeri menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan kedutaan Malaysia di Palestin iaitu di Baitulmaqdis sebagai membuktikan komitmen Malaysia menyokong negara Palestin.

Menurut Reezal Merican lagi walaupun Malaysia tidak mempunyai kedutaan di Baitulmaqdis ia bukan bermakna Malaysia tiada hubungan lansung dengan Palestin.

“Tidak bererti tidak adanya kita di sana maka kita tidak ada hubungan dengan Palestin secara langsung.

“Malahan melihat kepada negara ini yang berperanan penting dalam menyokong Palestin di peringkat PBB adalah Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah negara yang menaja dalam PBB supaya Palestin diterima sebagai negara pemerhati pada 2012.

“Malaysia juga adalah sebuah negara yang menjadi penaja kepada resolusi memastikan bahawa bendera Palestin berkibar pada 2015.

“Malaysia juga menaja satu-satunya resolusi 2334 yang mengutuk penempatan haram (illegal settlements) oleh Israel di Jurusalem walaupun dalam resolusi tersebut mendapat sokongan 14 negara di bawah Majlis Keselamatan PBB termasuk B4

“Tiada ada satupun resolusi sejak 1984 tetapi Malaysia telah melakukannya selepas itu.

“Kalau kita nak ambil ukuran soal semua ini (wujudkan kedutaan) kita perlu lihat secara holistik bukan hanya sekadar melihat kedudukan untuk ada pejabat perwakilan di Ramallah,” terangnya.

“Apa yang penting bantuan memperjuangan nasih rakyat Palestin berterusan dan Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa ke hadapan untuk memastikan negara Palestin terpelihara,” terangnya.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote