Malaysia Dateline

Letak kereta percuma di Kota Bharu sepanjang ‘total lockdown’

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan pengecualian bayaran tempat letak kereta sepanjang sekatan pergerakan penuh (total lockdown).

Berkuatkuasa esok, tiada caj parkir dikenakan sehingga 14 Jun ini.

Walau bagaimanapun, langkah MPKB-BRI dilihat mengundang ‘kelucuan’ kepada sebahagian rakyat di negeri itu memandangkan caj parkir di Kota Bharu sebelum ini sememangnya lebih mahal berbanding Shah Alam, ibu negeri Selangor.

“Inilah namanya family planning. Barulah kerajaan negeri tak rugi,” perli salah seorang warganet.

Untuk rekod, kadar caj letak kereta dalam kawasan MPKB-BRI ialah 80 sen bagi sejam pertama manakala percuma sejam pertama di tempat letak kereta di kawasan Pasaraya Pantai Timur.

Sementara itu, kadar caj parkir di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula ialah 60 sen sejam. Kadar tersebut bermula sejak 1 April 2019 selepas selama 21 tahun hanya 40 sen sejam.